https://docs.google.com/document/d/1kSjbEcE54LaFvQgqiqsSMe8HTBz2zTUr4-OEqDUMYHg/edit
Banner
Sunday, 23 October 2011
Monday, 17 October 2011
Minggu Setem
Setem ini dikeluarkan pada tahun 1984
Pada 15.10.2011, hari Sabtu jam lebih kurang 1.00 petang, saya telah mengunjungi Minggu Setem yang diadakan di Sunway Pyramid, Selangor, Malaysia. Agak payah untuk saya ke sana disebabkan jauh sedikit dari pusat bandar Kuala Lumpur dan saya pula amat jarang saya ke Sunway Pyramid.
Pada minggu tersebut dilancarkan setem peti pos. Saya telah membeli beberapa setem yang belum digunakan lagi. Saya amat seronok pada hari tersebut kerana saya dapat membeli setem yang dikeluarkan pada tahun 1984. Setem ini amat bermakna kepada saya kerana tahun keluaran setem tersebut merupakan tahun kelahiran saya.
Selain itu, ada juga lembaran mini yang dibeli walaupun sebelum ini saya fikir lembaran mini tersebut tidak akan dapat saya jumpa dan beli di pasaran. Terdapat Sampul Surat Hari Pertama diberikan percuma oleh Pos Malaysia setelah saya membeli seterm-setem tersebut.
Friday, 14 October 2011
Perdana Menteri datang ke SJK(C) Confucian
Dana tersebut dibangunkan oleh sektor korporat daripada pelbagai bidang bertujuan menyalurkan bantuan kepada sekolah vernakular termasuk menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang. Perdana Menteri turut menyerahkan dana daripada tabung itu kepada sebahagian daripada 61 buah sekolah vernakular yang layak membabitkan peruntukan RM26.1 juta. Setiap sekolah menerima peruntukan RM25,000 hingga RM2.5 juta antaranya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Salak South, SJKC Kun Min, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Batu Caves dan SJKT Slim River.
Perdana Menteri menetapkan sasaran supaya dana itu mampu menyalurkan bantuan kepada sektor pendidikan negara berjumlah RM100 juta setahun bermula tahun depan.
Subscribe to:
Posts (Atom)