Banner

Thursday 17 November 2011

MEMANFAATKAN SUMBER-SUMBER PERCUMA INTERNET DAN WWW UNTUK PENDIDIKAN

Internet ialah suatu rangkaian yang paling besar meliputi seluruh dunia. Ia mempunyai beribu-ribu rangkaian yang saling berhubungan di antara satu sama lain. Sejarah permulaannya adalah sangat unik di mana ia bermula dari kajian komunikasi dalam bidang ketenteraan. Ia dipelopori oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Dalam tahun 1969, jabatan ini  telah membuat kajian untuk menghubungkan semua institusi penyelidikannya, termasuk universiti-universiti yang menjalankan kajian dengan menggunakan geranpenyelidikan tentera. Sistem rangkaian awal ini dinamakan Advanced Research Projects Agency (ARPANET). Akhirnya setelah sistem rangkaian itu didapati sangat berjaya, maka perkhidmatannya dibuka kepada organisasi kerajaan dan swasta serta orang awam dan dikenali sebagai Internet ( Stair et al., 2001). 
World Wide Web  (WWW) pula ialah suatu koleksi beribu-ribu komputer yang sama-sama bekerja secara bebas sebagai satu pelayan dalam perkhidmatan internet. Ia juga boleh digambarkan sebagai sebuah perpustakaan besar mencakupi seluruh dunia. Teknologi WWW ini membolehkan komputer pengguna mencari dan memaparkan dokumen-dokumen berasaskan multimedia (misalnya dokumen berserta teks, grafik, animasi, audio dan video) bagi pelbagai perkara (Deitel, 2002). Sejarah WWW baru sahaja bermula iaitu pada akhir tahun 1990. Penciptanya ialah seorang saintis komputer bernama Tim Berners-Lee di pusat 
kajian nuklear Eropah yang dikenali sebagai CERN (CERN, 1997)


KEKUATAN DAN KELEMAHAN
Kebaikan penggunaan perkhidmatan percuma dalam internet ialah ia menjimatkan kos pengguna di samping ia menjadi sumber rujukan yang kaya. Misalnya untuk menerbitkan halaman web menggunakan pelayan web sendiri memerlukan belanja berpuluh ribu ringgitbagi menyediakan perisian dan perkakasan serta penyenggaraannya. Akan tetapi, penerbitan halaman web dengan menggunakan tapak web yang sedia ada adalah percuma sama sekali. Pengguna tidak perlu menyeggara perkakasan dan perisian pelayan. Mutu perkhidmatan syarikat penyedia kemudahan-kemudahan ini biasanya sangat baik. Ini adalah kerana mereka telah bersedia dengan prasarana yang lengkap untuk  keperluan pengguna seluruh dunia.

Kelemahan utama perkhidmatan percuma ialah ia dipengaruhi oleh iklan. Kebiasaannyapenyedia perkhidmatan ini akan meletakkan iklan dalam sebahagian halaman pengguna.Kapasiti yang diberikan secara percuma kebiasaannya adalah kecil. Misalnya saiz maksimum perkhidmatan e-mel percuma dari Yahoo.com hanyalah 6MB sahaja. Jadi ia tidak dapat menampung mesej yang banyak. Saiz untuk tapak web pula hanya sebanyak 20MB. Dari segi keselamatan juga boleh diragui. Akaun pengguna boleh dicapai oleh syarikat penyedia perkhidmatan tanpa disedari. 

KESIMPULAN
Sumber percuma dalam Internet dan WWW sememangnya merupakan produk danperkhidmatan yang menguntungkan pengguna. Ia boleh digunakan untuk tujuan  epembelajaran dan juga dalam bidang-bidang lain. Segala kemudaha n telah ada di depan mata pengguna. Apa yang perlu dilakukan oleh para guru atau pendidik sekarang ialah mempelajari cara menggunakan sumber-sumber berkenaan untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar.

No comments:

Post a Comment