Banner

Friday 14 October 2011

Perdana Menteri datang ke SJK(C) Confucian



 
Pada 26 Sept 2011. – Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak telah merasmikan Dana Kebajikan Pendidikan ‘Community Chest’ di sekolah saya: SJK ( C ) Confucian Kuala Lumpur.

Dana tersebut dibangunkan oleh sektor korporat daripada pelbagai bidang bertujuan menyalurkan bantuan kepada sekolah vernakular termasuk menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang. Perdana Menteri turut menyerahkan dana daripada tabung itu kepada sebahagian daripada 61 buah sekolah vernakular yang layak membabitkan peruntukan RM26.1 juta. Setiap sekolah menerima peruntukan RM25,000 hingga RM2.5 juta antaranya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Salak South, SJKC Kun Min, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Batu Caves dan SJKT Slim River.

Perdana Menteri  menetapkan sasaran supaya dana itu mampu menyalurkan bantuan kepada sektor pendidikan negara berjumlah RM100 juta setahun bermula tahun depan.

No comments:

Post a Comment