Banner

Monday 17 October 2011

Minggu Setem



                                                  Setem ini dikeluarkan pada tahun 1984


Pada 15.10.2011, hari Sabtu jam lebih kurang 1.00 petang, saya telah mengunjungi Minggu Setem yang diadakan di Sunway Pyramid, Selangor, Malaysia. Agak payah untuk saya ke sana disebabkan jauh sedikit dari pusat bandar Kuala Lumpur dan saya pula amat jarang saya ke Sunway Pyramid.

Pada minggu tersebut dilancarkan setem peti pos. Saya telah membeli beberapa setem yang belum digunakan lagi. Saya amat seronok pada hari tersebut kerana saya dapat membeli setem yang dikeluarkan pada tahun 1984. Setem ini amat bermakna kepada saya kerana tahun keluaran setem tersebut merupakan tahun kelahiran saya.

Selain itu, ada juga lembaran mini yang dibeli walaupun sebelum ini saya fikir lembaran mini tersebut tidak akan dapat saya jumpa dan beli di pasaran. Terdapat Sampul Surat Hari Pertama diberikan percuma oleh Pos Malaysia setelah saya membeli seterm-setem tersebut.

No comments:

Post a Comment