Banner

Friday 18 November 2011

Masalah murid pemulihan khas

PENDAHULUAN
    Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip "menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap 2 persekolahan rendah atau ke peringkat persekolahan menengah rendah.
    Perbezaan minat, pengalaman,bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau "terbelakang" menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya.Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam.Justeru, melalui program pemulihan khas keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.


CARA MENGENALPASTI MURID-MURID:
PEMERHATIAN ;
Guru boleh melakukan pemerhatian ini secara tidak langsung di bilik darjah masing. Melalui cara ini, guru akan mengetahui perubahan yang mungkin jelas kelihatan misalnya dari aspek emosi, ketegangan murid, kedudukan tubuh badan yang tidak semula jadi dan perubahan tingkah laku.
Dalam strategi ini ada beberapa teknik pemerhatian yang sesuai dilaksanakan. Antaranya :
  1. Teknik pemerhatian dengan senarai semak
  2. Pemerhatian di luar bilik darjah
  3. Pemerhatian tingkah laku
PENTAFSIRAN REKOD PRESTASI
Rekod prestasi merupakan rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik murid dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian murid dalam kelas.
Pentingnya rekod prestasi ini antaranya dapat membantu guru menilai secara jangka panjang dan membolehkan guru sentiasa mempunyai pengetahuan tentang murid-murid mereka.
Bagi ibu bapa pula, rekod prestasi dapat membantu mereka memahami prestasi akademik, perkembangan sosila, fizikal dan emosi anak-anak. Melalui sumber berkenaan, ibu bapa dapat membantu pihak sekolah seperti menilai anak-anak, meningkatkan tanggungjawab sebagai penjaga dengan menasihati dan memberi tunjuk ajar di rumah.
REKOD PROFIL
Rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti disekolah dan ditunjukkan menggunakan markah dan gred.
UJIAN KERTAS dan PENSEL
Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan dan secara tidak langsung menguji penguasaan bahasa murid.
TEMU BUAL dengan GURU DARJAH
Perbincangan dengan guru darjah dapat memberi maklumat tentang seseorang murid yan hendak dikenal pasti. Melalui teknik ini, guru akan dapat  maklumat seperti kehadiran, pencapaian akademik, tingkah laku dan perbezaan individu.
TEMU BUAL dengan IBU BAPA
Saya kerap menggunakan kaedah ini kerana ibu bapalah individu yang paling rapat dengan murid di rumah selain guru semasa di sekolah. Banyak maklumat yang boleh diperolehi daripada ibu bapa berkaitan murid termasuklah latar sosio-ekonomi keluarga, faktor baka, kesihatan, penceraian, faktor kelahiran dan sebagainya.

1 comment:

  1. Ya, usaha dan ikhtiar cikgu amat berguna dalam membantu mengenalpasti murid yang galus dan lemah memandangkan peningkatan bilangan murid yang memerlukan pemulihan kian hari bertambah. Saya yakin dengan daya usaha cikgu, peningkatan prestasi murid pasti dapat berhasil kelak.

    ReplyDelete